sekadar renungan...
Sesuai sangat dengan situasi kita sekarang...selain berdoa,kita kena bertawakal sekali kan...kat sini ada sedikit informasi about tawakal...Harap dapat ambil ihtimam...
Tawakal itu terbahagi kepada tiga martabat iaitu:
1. Percaya kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
>>orang yang bertawakal itu percaya kepada Allah Tuhannya, Allah itu mengasihi hamba-Nya dan Allah itu bersifat Pemurah dan Penyayang.
2. Berserta dengan Allah Subhanahu Wata'ala.
>>orang yang bertawakal itu percaya kepada Allah dan sentiasa yakin bahawa Allah berserta dengannya dalam setiap perbuatannya.
3. Berserah kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
>> orang yang bertawakal itu menyerahkan dirinya dan segala pekerjaannya kepada Allah Subhanahu Wata'ala semata-mata,kerana ia mengetahui bahawa segala pekerjaannya adalah terbit daripada kudrat Allah Subhanahu Wata'ala, dan ia percaya di dalam hatinya bahawa ia tidak mempunyai ikhtiar dan daya upaya.
Di antara ketiga-tiga martabat ini, martabat ketiga adalah lebih tinggi kedudukannya dan ia dinamakan martabat 'siddiqiin'.
Tujuan tawakal pula ialah supaya apabila seseorang itu gagal dalam usahanya, ia tidak akan menyalahkan takdir, malah ia akan berusaha lebih giat lagi serta tidak jemu-jemu menyerahkan segala-galanya kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim ayat 11, yang tafsirnya:
"Maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri."
~wassalam~
f.u.l.l.s.t.o.p
d.o.t
No comments:
Post a Comment